MANFAAT
TAKAFUL
Melalui
semangat kerjasama dan tanggungjawab sesama peserta, amalan
menyumbang dan kebajikan memberikan peluang kepada para peserta untuk
mendapat manfaat dalam dua bentuk keuntungan. Pertama, keuntungan
daripada segi kewangan menerusi pelan Takaful itu sendiri. Kedua
manfaat daripada segi rohaniah di mana para peserta dapat memenuhi
tanggungjawab yang disyariatkan oleh agama dan tuntutan sosial
melalui kaedah Tabarru’. Sistem Takaful tidak hanya bermanfaat
kepada muslim sahaja, malah memberi kebaikan kepada semua peserta
tanpa mengira pegangan agama mereka.
Produk
Takaful Peribadi
- Perlindungan
- Rumah Kediaman
- Kereta
Takaful Perlindungan
Produk
ini akan membayar pampasan kepada anda bagi Kecederaan Tubuh
Badan akibat kemalangan yang menyebabkan kecederaan sepenuhnya dan
bebas daripada apa-apa sebab lain yang boleh mengakibatkan anda
mengalami hilang keupayaan atau menyebabkan anda perlu menjalani
rawatan perubatan, pembedahan dan berlakunya kematian. Pampasan
ini akan dibayar kepada waris anda seperti yang dinamakan atau
wakil diri anda yang sah. Selain
daripada Perlindungan Takaful Biasa, terdapat juga produk PA yang
lain seperti di bawah:
1.
Kembara Takaful
2.
Perdana Takaful
3.
Motorist PA Takaful
Rumah
Kediaman
Produk
ini memberi perlindungan kepada bangunan kediaman dan kandungan di
dalamnya. Produk juga melindungi kerugian akibat daripada
kerosakan kebakaran, kilat, letupan, banjir, paip pecah atau
oleh apa-apa Peril yang dinyatakan dalam Sijil Takaful.
Kenderaan
Pelan
ini menyediakan perlindungan terhadap liabiliti kepada pihak lain
bagi kecederaan atau kematian, kerosakan harta pihak lain,
dan kerosakan akibat kemalangan atau kebakaran kepada kenderaan
atau kecurian kenderaan anda. Antara
produk Takaful kenderaan:
1.Takaful
Kenderaan Peribadi
2.Takaful
Kenderaan Komersial