KADAR MANFAAT POLISI INSURANS KEMALANGAN
· Manfaat untuk polisi ini diperluaskan dengan memasukkan faedah mingguan hingga ke had maksimum 104 minggu / bayaran pampasan.
· Faedah mingguan akan berkurang sekiranya hilang upaya berkenaan menjadi halangan sementara kepada insured untuk melakukan tugas-tugas biasanya.
Pihak syarikat juga boleh membeli polisi ini untuk melindungi pekerja-pekerjanya. Sebagai contoh, bank, pasaraya dan lain-lain pembekal perkhidmatan menawarkan insurans kemalangan diri secara percuma kepada pemegang akaun individu/ahli, pemegang kad krebit/debit atau pelanggan sebagai salah satu tarikan program kesetiaan ahli.
Perlindungan yang diberikan adalah dianggap sebagai ‘manfaat/faedah’, bukan ‘indemniti’ seperti yang anda fahami. Antara perkara penting ialah :
· Tiada prinsip sumbangan atau bayaran pampasan dari lain-lain polisi.
· Tiada prinsip subrogasi yang boleh digunakan untuk mendapatkan balik amaun gantirugi.
No comments:
Post a Comment