Monday, 1 August 2016

PART 3

POLISI INI TIDAK AKAN MELINDUNGI :
a.      Kematian, hilang upaya atau perbelanjaan perubatan akibat;
·         Peperangan, operasi mirip peperangan, mogok, rusuhan, huru-hara awam;
·         Tidak siuman, membunuh diri atau cubaan seumpamanya
·         Penyakit kelamin, jangkitan atau parasite
·         Mabuk akibat alcohol atau dadah
·         Melahirkan anak, keguguran atau hamil

b.      Kematian, hilang upaya atau perbelanjaan perubatan yang ditanggung oleh pemegang polisi
·         Ketika mengembara dengan kapal terbang sebagai anak kapal
·         Ketika bermotosikal, memburu, mendaki gunung, bermain polo, lari berhalangan, meluncur ski air, kegiatan dasar laut
·         Ketika melakukan atau cuba melakukan kegiatan jenayah

PART 2

KADAR MANFAAT POLISI INSURANS KEMALANGAN

·         Manfaat untuk polisi ini diperluaskan dengan memasukkan faedah mingguan hingga ke had maksimum 104 minggu  / bayaran pampasan.
·         Faedah mingguan akan berkurang sekiranya hilang upaya berkenaan menjadi halangan sementara kepada insured untuk melakukan tugas-tugas biasanya.

Pihak syarikat juga boleh membeli polisi ini untuk melindungi pekerja-pekerjanya. Sebagai contoh, bank, pasaraya dan lain-lain pembekal perkhidmatan menawarkan insurans kemalangan diri secara percuma kepada pemegang akaun individu/ahli, pemegang kad krebit/debit atau pelanggan sebagai salah satu tarikan program kesetiaan ahli.

Perlindungan yang diberikan adalah dianggap sebagai ‘manfaat/faedah’, bukan ‘indemniti’ seperti yang anda fahami. Antara perkara penting ialah :
·         Tiada prinsip sumbangan atau bayaran pampasan dari lain-lain polisi.
·         Tiada prinsip subrogasi yang boleh digunakan untuk mendapatkan balik amaun gantirugi.



INSURANS KEMALANGAN JALAN RAYA



KLIK
Assalamualaikum semua! Hari ini saya akan menceritakan cara bagaimana insurans kemalangan berfungsi kepada kemalangan kereta anda.

 
  





MANFAAT POLISI INSURANS KEMALANGAN
·         apabila pembeli insurans mengalami kecederaan anggota badan akibat secara langsung dari kemalangan yang berlaku secara kekerasan dan ganas.
·         Kematian, hilang upaya atau perbelanjaan perubatan akibat kecederaan.